Penat.

Pergi seorg perempuan mengadu kepada Rasulullah sallallah ‘alaihi wasallam tentang perihal suaminya yg suka menjemput tetamu kerumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.
Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam.

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallah memberitahu kpd suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kpd isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya. Siapakah tetamu itu? Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap sedap utk Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam.

Ketika Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam hendak pulang. Baginda memberitahu kpd suami tadi supaya memberitahu kpd isterinya ” lihat dipintu ketika aku ingin keluar” isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam keluar. Dilihatnya binatang binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yg memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam. Beliau sgt terkejut lalu Rasulullah Sallallah ‘Alaihi Wasallam berkata kpdnya ” demikian lah yg berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorg.

Apabila pulang tetamu itu akan keluarkan dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang binatang yg menyakitkan dan penyakit dari rumah kita.
Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah taala. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

Leave a Comment